Wednesday, March 12, 2008

UNDANG-UNDANG KRIKET (LAWS OF CRICKET)

Kepada para pengadil-pengadil baru yang ada masalah mengenai undang-undang kriket, boleh bertanya dalam ruangan ini. Para pengadil boleh melihat undang-undang kriket dalam Bahasa Inggeris dalam mana-mana web site. Taip sahaja cricket laws, maka terpaparlah undang-undang kriket yang dikehendaki.

Versi BI (klik link dibawah)

http://www.lords.org/laws-and-spirit/laws-of-cricket/preamble-to-the-laws,475,AR.html

Diruangan ini, terjemahan ke Bahasa Melayu cuba diolah dan dipermudahkan.


Pendahuluan - Semangat Kriket

Kriket merupakan
Law 1 - Players (pemain-pemain)
1.1 Perlawanan mesti ada 2 pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain yang berdaftar dalam senarai dan seorang pemain yang berfungsi sebagai 12th man.

Kenapa 12th man diperlukan?
a. untuk membantu scorer (pencatat) mengenali para pemain samada dipihak pemadang atau pemukul.

b. sebagai sebagai substitute (pengganti) kepada mana-mana ahli pasukan pemadang yang tercedera.

Perlu diingat 11 sahaja pemain dan 12th man mesti tertulis dalam senarai pemain yang perlu diserahkan sebelum pengadil melakukan toss (balingan syiling, bagi menentukan pasukan mana yang akan memadang atau memukul)


Setiap pasukan boleh melihat senarai pasukan lawan masing-masing. Perlu diingat selepas sahaja toss dibuat, mana-mana pasukan tidak boleh lagi menukar nama-nama pemain masing-masing
tanpa dipersetujui oleh ketua pasukan lawan. Maksudnya, kalau nak tukar pemain sebelum permainan dimulakan kene dapatkan kebenaran ketua pasukan lawan.

Semasa toss, kedua-kedua ketua pasukan(captain) akan berada ditengah pitch bersama umpire. Jika captain tidak ada pada masa itu, mana-mana pemain utama yang terdapat dalam senarai boleh menggantikan captain untuk toss.

Captain bertanggungjawab memastikan pasukannya bermain mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dan mesti tahu sebarang peraturan yang dipinda dalam buku program.

contoh: Dalam cricket laws, bowler yang membuat balingan wide, 1 run percuma akan diberi kepada batsmen dan akan membuat balingan lagi sehingga balingan itu sah.
Sekiranya law ini dipinda atas sebab2 tertentu, ianya akan jadi peraturan tambahan

Cth: Dalam MSSS bawah 10 tahun, bowler yang membuat balingan wide, secara automatiknya batsman akan mendapat 2 run percuma. Hal ini dikira sebagai peraturan tambahan yang telah dipersetujui bersama.


No comments: